Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan bahan hiris sehingga keperangan.
Masukkan air secukupnya sebagai kuah dan masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan kepala ikan dan lada hitam serta garam.
Masukkan daun bawang. Boleh juga dimasukkan batang saderi, jika suka.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah hiris sehingga keperangan. Tuangkan bawang goreng sekali dengan minyak ke dalam sup ikan.
Perahkan air limau nipis secukup rasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk ditutup api.
Boleh jugak tgk siaran Ulangan Live kita di facebook ye semua