Sambal Tempe Ikan Bilis ~ Multifunction Electric Cooker

Share
Sambal Tempe Ikan Bilis
  • Tempe 3pkt
  • Ikan Bilis 1gengam
  • Bawang Putih 5pcs
  • Bawang Merah 4pcs
  • Cili Boh
  • Air Asam Jawa

Method

  1. Panaskan minyak secukupnya. Hiris tempe nipis-nipis dan goreng atas api perlahan sehingga garing. Setelah keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak. Tinggalkan dalam anggaran 1 senduk.
  4. Cincang halus bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram dan gula. Masak sehingga sambal mendidih dan nampak pekat berkilat. Tutup api.
  7. Gaulkan dengan tempe dan ikan bilis goreng tadi.
  8. Siap dan sedia dihidangkan.

Boleh jugak tgk siaran Ulangan Live kita di facebook ye semua

https://fb.watch/aBUCZ0Gvso/