Pressure Cooker Recipe

Ayam Percik

9b87081a56d4a3a4e7ac67f5fc43cef5_ayam-percik_0_708_600

 

6 ulas bawang merah

1 batang serai

4 ulas bawang putih

1 sudu kecil garam

2 cm halia

Nasi Arab

421960

1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

Cara-cara penyediaan ayam:

Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah.
Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.

 

Bahan-bahan Nasi:

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan nasi:

1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
2. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit.
3. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
5. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.
6. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

 

Bahan-bahan sos:

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon

Rendang Ayam

maxresdefault (1)

Bahan-bahan:

1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
11. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja di dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah guna fungsi WARM-REHEAT.

Ayam Kapitan

kari-kapitan-18

Bahan-bahannya:
1 kg. isi ayam organik
200 ml santan pekat
300 ml air
5-6 sudu besar minyak masak.
2 – 3 helai daun limau purut – dibuang urat tengah.
1 biji limau nipis diperah jus.
Gula dan garam secukup rasa
Penyediaan Pes Tumisan :
3 biji cili merah yang agak panjang – dibelah dua dan dibuang biji
10 – 15 tangkai cili kering – dibuang biji dan direbus (ikut kepedasan)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 batang serai
4 keping lengkuas bersaiz kuku ibu jari
2 keping halia bersaiz kuku ibu jari
2 keping kunyit hidup bersaiz kuku ibu jari
2 sudu besar (tbsp) belacan bakar
1 sudu besar (tbsp) tomato puri

Air secukupnya untuk mengisar

1 ) Masukkan minyak dalam inner pot. Pilih fungsi STIR-FRY dan tekan ON (butang merah). Periuk tidak perlu ditutup apabila menggunakan fungsi STIR-FRY.
2 ) Bila minyak telah panas, masukkan pes tumisan dan kacau. Masak sehingga tumisan terbit minyak.
3 ) Kemudian masukkan ayam dalam tumisan dan kaupbalikkan. Masak antara 5 hingga 6 minit.
4) Masukkan santan, air (banyaknya air bergantung kepada kuah yang anda kehendaki, tapi jangan terlalu cair), dan daun limau purut. Kacau rata.
5 ) OFF fungsi STIR FRY. Tutup periuk dan kunci. Putar tombol ke arah HIGH PRESSURE (HP). Pilih fungsi HP 8X dan tekan ON.
6 )Selepas tamat tempoh, putar tombol ke arah STEAM untuk bebaskan wap (ingat, untuk sekuriti, tudung periuk tidak dapat dibuka selagi wap tidak habis dilepaskan).

7 ) OFF fungsi HP. Buka tudung periuk. Masukkan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
8 ) ON fungsi STIR-FRY kembali dan biar kuah mendidih lagi selama 2 minit. Apabila telah cukup rasa, bolehlah OFF fungsi STIR-FRY.

9 )  Anda mempunyai pilihan sama ada memindahkan masakan ini ke periuk lain atau biarkannya dalam periuk NOXXA dalam status WARM-REHEAT (pilih fungsi WARM-REHEAT dan tekan ON). Masakan akan senantiasa dalam keadaan panas.

Kari Tulang

kari-kapitan-18

Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 – 5 biji kentang
2 biji tomato – dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:  (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari

Minyak secukupnya

1.  Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam.  Letakkan 1 sudu teh gula.

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1.  Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY’ dan tunggu sehingga minyak panas.
2.  Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.   Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari.   Tumis sehingga bawang kekuningan.

3.  Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata.  Masak sehingga pecah minyak.

4.  Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.

5.  Off  fungsi stir fry.   Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit.  Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE.  Tekan on.
6.  Selepas 30 minit berlalu,  release steam.  Alihkan cap ke STEAM.  Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7.  Buka tudung dan kacau rata.  Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8.  Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
9.  Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan  senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi `WARM/REHEAT’.
Resepi Popular Pressure Cooker
dari
Toros Malaysia