Hiris nipis daging ikut arah lawan urat supaya tak liat
Kisar bawang putih, bawang merah, dan halia. Masukkan Sos Tiram dan Kicap Manis.
Campurkan daging dengan bahan kisar. Masukkan sedikit serbuk black pepper dan perap selama 1jam. Lagi lama lagi sedap.
Panaskan minyak.
Hiris kentang dalam bentuk wedges dan gaul kentang dengan sedikit garam. Goreng sehingga keperangan di luar dan lembut di dalam. Angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, masukkan daging yang di perap tadi. Kacau perlahan sehingga daging kering dan terpisah dengan minyak. Tambah sedikit lagi lada hitam supaya nak bagi wangi dan lebih rasa lada hitamnya.
Tuang sedikit kicap dan sedikit air. Renehkan daging sampai daging jadi lembut.
Bila daging dah lembut, bancuh tepung jagung dan air. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Kacau-kacau sikit kuah supaya sekata.
Masukkan kentang yang dah digoreng tadi. Masukkan lada benggala merah dan hijau. Masukkan pula cili api.
Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.
Tabur dengan hirisan daun bawang
Boleh jugak tgk siaran Ulangan Live kita di facebook ye semua