Cara Penyediaan Sos Percik:
- Kisar Bawang Putih, Bawang Merah & Halia.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar untuk seketika.
- Masukkan Santan dan Cili Boh hingga dapat warna yang anda inginkan.
- Pastikan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul.
- Masukkan Air Asam Jawa, Air dan kacau hingga kuah pekat.
Cara Penyediaan Ayam Percik:
- Rebuskan Ayam dengan Bawang Putih & Halia
- Angkat dan salutkan ayam dengan sos percik yang telah dipekatkan.
- Bakar Ayam dengan Air Fryer Pro Chef dengan Suhu 240 selama 20 min.
- Untuk hasil yang lebih baik, terbalikkan Ayam Percik korang selepas 10 min.
- Siap & sedia untuk dihidang.